Bersempena dengan Hari Landskap Negara 2022 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini, MBJB akan mengadakan program Car Free Day pada hari Ahad 6 Mac 2022 di Taman Ekoflora Setia Indah bermula jam 7.00 pagi - 10.00 pagi.
Warga bandar raya boleh menyertai acara larian santai, berbasikal, zumba, liga kampung (sukan rakyat), aktiviti di perpustakaan mini, cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti yang diadakan sesuai untuk seisi keluarga.
Anda hanya perlu mendaftar awal melalui pautan berikut:
https://apl.mbjb.gov.my/iaktiviti/cons/content.php...
Jumpa di sana!
*Warga bandar raya digalakkan untuk membuat ujian COVID-19 kendiri (RTK) sebelum hadir ke acara ini. Sila patuhi SOP pencegahan COVID-19 yang ditetapkan sepanjang menjalani aktiviti yang diadakan.