LAWATAN DATUK BANDAR JOHOR BAHRU KE BAZAR KARAT

SABTU, 12 Februari 2022 - Datuk Bandar Johor Bahru berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Bazar JB (Bazar Karat).

Lawatan Datuk Bandar Johor Bahru ini adalah bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat potensi kawasan di sekitar Bazar Karat untuk menambah daya tarikan sedia ada, selain memastikan keselamatan, keselesaan dan suasana mesra pelanggan di Bazar Karat bagi mengekalkannya sebagai sebuah lokasi yang harus dilawati oleh pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Para peniaga juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan terus cekal menghadapi cabaran pandemik yang melanda. Semoga dengan usaha berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan kini, landskap ekonomi tanah air dapat beransur pulih agar para peniaga boleh berdiri semula dan bertambah baik dari sebelumnya.

Turut bersama dalam lawatan ini adalah Ahli Majlis Zon Bandar serta pegawai-pegawai MBJB.

img

img