MESYUARAT PEGAWAI UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA 2023
Isnin, 29 Mei 2023 | Sekitar Mesyuarat Pegawai Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia yang berlangsung di Dewan Inai Merah, Menara MBJB, semalam yang dihadiri oleh 70 pegawai undang-undang dari PBT seluruh Malaysia. Mesyuarat ini bertujuan menjadi platform bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan perundangan PBT, menyelaraskan perundangan di antara PBT serta menjadi wadah menyemarakkan hubungan silaturrahim di antara PBT Malaysia.