Kunjungan Hormat Delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai oleh Tuan Saifullizan bin Yahaya, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP

Selasa, 28 Mei 2024 | YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru telah menerima kunjungan hormat delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai oleh Tuan Saifullizan bin Yahaya, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP.

Menerusi kunjungan hormat ini dan mesyuarat ringkas bersama jabatan dalaman MBJB, pihak DBP berhasrat untuk mengadakan kajian lapangan berkenaan tahap penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam di dalam kawasan pentadbiran MBJB.

Kajian ini dibuat secara menyeluruh di dalam negara dan ini merupakan fasa kedua kajian. Kajian ini akan melibatkan pemeriksaan kepada iklan-iklan premis dan papan-papan iklan luar termasuk gegantung dan sepanduk serta 'billboard' dalam kawasan pentadbiran MBJB.

Kunjungan Hormat

Kunjungan Hormat