Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB PBT) 2024

Isnin, 22 Julai 2024 | Sekitar Sesi Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dewan Kenanga, Menara MBJB hari ini. Sebanyak 4 kriteria utama dan 17 sub-kriteria telah dinilai oleh pasukan inspektorat KPKT merangkumi aspek pengurusan organisasi, perkhidmatan-perkhidmatan teras PBT, pengurusan pelanggan serta aspek penyertaan komuniti dan penglibatan masyarakat bersama PBT.

Delegasi inspektorat yang diketuai oleh Puan Norhalimah binti Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Inspektorat Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT, turut melawat Johor Bahru Integrated Operations Control Centre (JBIOCC) dan Sudut Lestari Perpustakaan Sultan Ismail hari ini.

SPB-PBT

SPB-PBT

SPB-PBT

SPB-PBT

SPB-PBT